mim-blog86

Khamis, Februari 24, 2011

Kembar Siang...filem terbaru


Filem baru Kembar Siang arahan Hatta Azad Khan, terbitan Metrowealth, akan berada di pawagam pada 24hb Feb 2011(arini). Para pelakon dalam Kembar Siang ialah Kamal Adli dan Intan Ladyana, pelakon lain ialah Sathiya, Zaibo, Sabri Yunus, Rozita Che Wan, Syanie, Mazlan Pet pet, Hamid Gurkha, Mat Over dan Zul Handyblack. Ramai kan pelakon komedi dalam filem ni. Dalam trailer tengok si Sathiya jadi muslim pegang watak sebagai Muhamad Rafi, siap pakai kopiah lagi..hehe..menarik. Lan Pet pet pulak jadi Lan Sengau. Syanie jadi Mak Yam.

Filem Kembar Siang

Sinopsis Kembar Siang..
Cerita bermula dengan kisah Awal (abang) dan Awi (adik) pasangan kembar yang membuka kedai runcit. Awal ni lelaki normal dan cerdik, manakala Awi pulak cacat dan lurus bendul sebab demam panas, tapi Awi ni pandai mengira dan rajin kerja dan ada kelebihan daya ingatan yg kuat.
Dalam kampung tu Awal dan Awi ada pesaing lain yang buka kedai runcit jugak milik Pak Din Duda lakonan Sabri Yunus yang suka sangat kat Mak Yam(Syanie). Pak Din ni kedekut dan dia jual barang mahal. Jadi kedai dia tak laku. Dia buat plan nak pujuk Awi yang lurus tu kerja dengan dia., sebab dia ingat dia boleh tipu Awi ni yang lurus. Pak Din ni tak boleh nak tipu sebab dia sering tersalah sangka siapa yang mana satu Awi dan Awal.
Awal ada kekasih iaitu Ani, tapi Ani tak tau Awal ada kembar yang bernama Awi, Awi yang hanya muncul pada siang saja. Jadi Ani ni konpius kenapa Awal ni perangai lain macam kerja kuli je kat kedai runcit.Awi pulak jatuh cinta dengan Ani, dan ni membuatkan Awal kesian dan mengalah sebab adiknya Awi.
Ani ni pulak sebenarnya ada adik kembar bernama Ana, tapi Ani ni tak tau pun dia ada kembar sebab terpisah sejak kecil. Ana ni dipelihara oleh Mohamad Rafi (Sathiya).
Adakah Awal sanggup melepaskan Ani kepada adiknya Awi kerana simpati dan tak sampai hati mengecilkan hati Awi…?

komen aku : mmm aku pun xsure sdp ke x...lgpun pelakon utama filem ni xmantop la,biase2 je...tp klu aku free mybe aku g tgk kot nti...cume xtau la bile..lgpun ade 2mggu kt pawagam...so rilex2 sdh...hehe..nti bile aku dh g tgk br aku bg komen personal psl filem kembar siang ni...same ade hampeh gak mcm filem sini ada hantu....huhu...tgu & lihat k...

filem kite wajah kite..ahakz

1 ulasan:

Fatin Hanini binti Mohd Yusoff berkata...

tapi tak syok part sathiya bg slam tu
even just acting...