mim-blog86

Sabtu, Mei 07, 2011

Hari Ibu / Mothers Day....& Asal Usulnya....



As salam...kali ni aku terpanggil utk tulis entry psl Hari Ibu/Mothers Day...sbab hari ibu jatuh pd hari sok...ahad 8hb Mei 2011..serius mmg sblum ni aku xtau psl asal usul hari ibu...td bile aku borak dgn sorg kwn ni..die tanye aku xsambut hari ibu ke?aku ckp kt die "xleh nk sambut sbrg je sbab kite xtau asal usul hari ibu ni dr mane...sbab kebanyakkan sambutan2 camni biasenye berasal dr bangsa yahudi mcm valentines day tu..." 




so die pun sruh aku cari asal usul nye dr mane...n bile aku blk umah td aku try cari info psl asal usul hari ibu ni....ternyata hasil nye  seperti yg di jangka....so sape2 yg terbace entry aku ni,aku hrp korg bole share/kongsi info yg aku papar kt sini dgn semua umat Islam yg lain...bg aku tiap2 ari tu adlh ari utk ibu & bapa...mmg spjg hidup aku ni aku xpenah sambut ari2 camni...kecuali besday ayah n ibu aku....




jatuh derhaka atau berdosa ke klu aku xsambut hari ibu ni?hahaha aku cume nk gelak je...kt bwh ni info berkaitan asal usul hari ibu yg korg bole bace....bace & fahami la sebaik nye.... ;)

Asal usul Hari Ibu
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.  

 Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. 

  Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.   Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.   

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.  

 Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. 
  




seeloknye kite selidik dahulu & jgn menerima bulat2 ape yg dianjurkan oleh dunia barat..ternyata byk perayaan dr barat yg asal usulnye berkaitan dgn kepercayaan agama Kristian bertujuan utk memesongkan akidah umat Islam...

Wassalam...

Tiada ulasan: